Tuesday, May 21, 2013

Tonite is one of the night...

Terasa bagai ada baaaaaaannyaaaaak sangat nak dicoretkan malam ni..... 

umpama penulis lagu yang tiba-tiba mendapat ilham.... 

Namun sehingga kini dah ada 5 entri yang terdampar di ruangan draft... semuanya ttg topik dan luahan hati yang ingin dikongsi.. takpelah nnt kita buat satu-satu ya

Allah berikan kita masa 24jam sehari.. maka aku tidak mampu untuk meminta lebih lagi... jadi, tak mengapalah kan.. pasti akan kukongsikan segala coretan itu nanti ya... 

Jam juga dah menunjukkan pukul 2 pagi... "Anie, tidur lewat tu tak elok untuk kesihatan...." nasihat yang sering kuingkari....

dan mood sebeginilah yang menjadikan aku seorang pemikir yang hebat.... segala masalah dunia berlegar di kepala di saat elok mata terpejam cuba untuk lena...

mood sebegini juga menjadikan aku seorang wonderwoman.. cause i wonder bout alot of things....


Sampai sini saja ya... semoga ilham ini terus ada, semoga Anie diberi kelapangan dan kesempatan untuk terus mencoretkan sesuatu di sini... 

Akhir kata... Anie sayang semua seikhlas hati....Anie sayang suami Anie, Anie sayang mak, anie sayang abah, Anie sayang adik-adik, Anie sayang semua saudara mara, Anie sayang kawan-kawan, Anie sayang orang yang sayang Anie, Anie sayang orang yang benci Anie, Anie sayang orang yang tak rasa apa2 pun kat Anie, Anie sayang semuaa anak murid Anie.... ok ok dah la... anie sayang semua ya..... Semoga Allah berkati kalian selalu dan hanya Allah sahaja yang tau betapa Anie inginkan semua orang yang Anie kenali bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.. ;') 

Selamat malam


C.A.N.C.E.R.

CANCER bukan entry tentang horoskop dan zodiak cancer yang berlambangkan ketam tu.. ini tentang penyakit CANCER ... KANSER ... BARAH...

ada macam2 jenis Kanser... kanser payudara, kanser servik, kanser tulang, kanser usus, kanser kolon, kanser prostat, kanser hidung... ish banyak lagila pendek kata semua tempat kat badan kita ni boleh kena kanser... panjang pulak dah xmampu nak kata apa-apa....

Kita perlu ambil tau tentang penyakit ini.. kita perlu ada ilmu... perlu tau apa itu kanser, perlu tau apa yang terjadi bila kanser menyerang, apa yang perlu dilakukan, apa cara mencegah.. cara rawatan...

Zaman ini, sakit ini bukan sesuatu yang asing lagi... selalu aje kita dengar kematian yang disebabkan kanser... dan kita dikelilingi oleh orang yang ada sakit ini... Kenapa kanser dikatakan sebagai Silent killer?? kerana seringkali pesakit itu tidak menyedari yang dia sakit sehingga telah sampai ke tahap yg kronik... selalu lenguh2 sendi.. akhirnya mendapat berita rupanya ada kanser tulang.. sering sakit perut dan muntah sekali rupanya ada kanser kolon, sering berdenyut2 dan sakit di payudara sekali rupanya ada breast cancer... takut kan? bayangkan apa perasaan mereka yang telah mendapat khabar ini... ;'( Semoga Allah kurniakan segala kekuatan untuk insan terpilih ini.

Sebab itulah pentingnya mengambil tau tentang kesihatan.. Jaga kesihatan, buat pemeriksaan berkala...

Rawatan untuk pesakit kanser juga ada pelbagai. Ada rawatan moden dan ada juga rawatan alternatif.. xkisahla apa caranya kita perlu berusaha.. Allah marah kalau kita tak berusaha dan tak dapat dinafikan kos perubatan untuk sakit Kanser ini sangat tinggi... Kos untuk membuat chemotherapy akan mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit, ada juga pelbagai therapy yg lain yg juga kosnya sangat tinggi... untuk rawatan alternatif pun tidak kurang tingginya... kos untuk bekalan ubat yang perlu diambil secara puratanya lebih kurang rm1000++ untuk sepuluh hari... jadi sebulan lebih kurang rm3000++ hanya utk bekalan ubat.. kalau yang berkemampuan pastinya akan cuba mendapatkan rawatan terbaik di seluruh pelusuk dunia.. pastinya bila ada orang kata cuba makan ubat ni atau cuba pergi sini.. pastinya akan dituju.. demi untuk sihat kembali... dan kosnya sangat tinggi.... khabarnya di China ada penawar, terus terbang ke China.. ada yang kata di Australia.. jom pergi Australia pula.. ada yang kata di Amsterdam pula.. laju je pergi ... demi orang tersayang, demi ingin sihat semula wang ringgit dah xde makna lagi dah.. mengalir macam air.. apalah nasib yang tidak mampu ya?? aduhai.. sedihnya hati bila fikir tentang itu... Anie sering terfikir tentang ini.. atas dasar itula anie berstuju untuk mengambil polisi insurans SURI yang cover kos perubatan untuk 99 jenis sakit wanita termasuk kanser... Semoga Anie xkan membebankan suami dan keluarga tersayang... Anie selalu cakap pada husband ..

"Haa yang ni kalau kita xde duit, Anie sakit ayang dah tak perlu dah minta derma kat tv3 ya..". 

tp kesian untuk org yg tiada kemudahan itu... bantulah mereka.... hancur hati tau bila sudahla sakit, duit pulak takde nak dapatkan rawatan... Jadi yang mana berkemampuan tu hulurkan lah bantuan, tak luak rezeki Allah bagi jika kita suka memberi tau.... lagi byk kita beri lagi byk kita dapat tau....

Yang masih sihat walafiat, jangan takbur dengan nikmat Allah beri... bersyukur.. kita selalu lupa bersyukur... bila dah sakit wang berjuta pun tiada makna nanti..

Semoga yang sedang diuji dengan ujian ini,Tabahlah ya, kuatkan semangat... fikirlah yang positif-positif saja... dalam pada itu berusahalah jangan putus Asa... setiap sakit itu menghapuskan dosa, asalkan saja kita sabar dan redha dengan ujian sakit itu.. semoga terhapus segala dosa...

Setiap yang hidup ini akan berakhir dengan kematian juga... bukan jodoh saja rahsia Allah, ajal juga rahsia ALLAh.... jadi sepatutnya semua orang perlu menyiapkan bekalan di akhirat nnt... dekatkan diri dengan Allah selalu, buat baik dengan semua orang... maafkan orang selalu agar orang mudah maafkan kita.. senyum selalu.. bahagikan kasih sayang dengan semua di dunia ini.. buat semua orang senang hati dan gembira... berkata yang baik-baik.. bersyukur.. bertenang... tiada masalah di dunia ini yang tak dapat diselesaikan dengan izin Allah.. doa banyak2... sabar..

.... hmm dah sampai sini, Anie pun xtau kenapa tetiba Anie menulis entry ini.... sekadar berkongsi cebisan rasa di hati dan fikiran... moga dapat memberikan kebaikan dan inspirasi.. ;')

Ini Kali Lah.. Lain kali lah.. berkali-kali lah...


Hello haiii we meet again... ok draft entry ni dah lama terperap kat dalam ruangan draft... sejak dari 5/5/2013 yang lalu.. 5 Mei 2013 Tarikh keramat Pilihanraya Umum yang ke 13...

Seperti Pilihanraya yang sudah, kali ni sekali lagi Anie menjadi petugas SPR untuk lebih tepat lagi, jawatanku sewaktu pilihanraya ni ialah : Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Tugasku bermula seawal 7pagi sehinggalah jam 530 petang.. takla seberat tugas rakan-rakan petugas SPR yang lain... ;)

Ingin dimaklumkan ya... Petugas-petugas SPR ni memang kebanyakannya terdiri daripada guru sekolah memandangkan sekolah dijadikan Pusat Mengundi... Jadi, bila ramai orang mempertikaikan ketelusan dan kejujuran SPR sikit sebanyak cikgu-cikgu yang bertugas ni terasa la juga... Percayalah, kami guru-guru ini jujur dan telus orangnya...

                                                       

















Mak saya suka menulis.... ini coretan dari emak yang saya copy paste dari Fb nya.... Jom kita baca apa mak tulis...

Allah ya Allah...tentera Israel menyerang Syria dari udara. Satu tindakan biadap yg menyalahi undang- undang antarabangsa.Di semenanjung Gaza rakyat Palstine dibunuh dlm satu serangan yg bertubi- tubi, manakala di Jeruselem tentera yahudi menghalang orng Islam mauk ke masjid Al Aqsa.
Ya Allah di negaraku ini sekutu yahudi bersungguh- sungguh nak menjatuhkan kerajaan Isalm...meraka bertpoengkan keadilan sosial.Putar belit, fitnah dan segala mcm manipulasi dibuat utk jatuhkan imej negara.Politik kebencian ini menghasilakan bunga- bunga perkauman yg akibatnya negara akan hancur.
Malang sekali ornag muda yg masih mentah diheret bersama...mereka hendak kerajaan baru spy selesai masalah hutang ptpn dan dpt turunkan segala kos hidup.
Ya Allah aku sangat tersentak apabila ramai kaum keluarga yg tinggal di Selangor dan Wilayah, rupanya sangat percayakn cerita buruk ttg Najib dan Rosmah dan Mahadhir..kata mereka org Selangor dah tak makan dg kata- kata pemimpin BN..kaki rasuah..kronism..dan UMNO pasti akan terkubur..spt terkuburnya karier politik Ghani Osman di Gelang Patah...
Apa yg berlaku ini hukumnya satu iaitu ada racun dakyah yg telah meracuni pemikiran...kebanyakan orang tidak hendak berfikir, mengkaji dan belajar.Merka suka kpd isu dan akur kpd persepsi yg dibuat...sedang orang muda dg darah mudanya ada keseronokan melihat fenomena ini....ikut aje arus..sesuatu yg menggamit keterujaan mereka...mereka tolak media perdana kerana telah dikawal oleh kerajaan lalu meraka pergi kpd alam maya yg gelombangnya sangat dahsyat...permainan tipu daya..dan putar belit.
Siapa pemain di belakang ini semua? Cybertroopers DAP...yahudi..PAP...LKS ..DSAI....dan kuncu- kuncunya.
Jadi apa yg boleh kita buat???
Penuhkan masjid waktu subuh...buat spt yg dibuat Oleh KotaBaru diambang pilihanraya ari tu....kembali kpd ajaran lslam yg sebenar..Quran dan as sunnah....biar berbeza pandangan tapi kita tetap berada pda saf yg teratur.
Ramai di antara yg pergi di jlanan ..yg berhimpun itu..tak faham ttg banyak perkara mengenai demokrasi....pembentukan negara bangsa...perlembagaan....konsep negara beraja berparlimen....yg penting mereka tak faham ttg sejarah negara sendiri pun.
Kalaulah jarum sejarah itu boleh dipusing? ....
Thailand dan lndonesia mana ada hak imegran yg begitu manja spt di sini....selama ini kita berbangga dg entiti negars berbilang kaum yg aman dan makmur...dan tahu tak siapa yg paling suka memberi rasuah...pd polis dan kastam dan penguatkuasa meraka itulah yg kononnya menetang rasuah...dan mereka tu tak pandai cakap melayu pun..dan mereka termakan ceramah Anwar dri akhbar mereka...itulah makanan mereka.
Marilah kita tentukan hala tuju...kenali who are the real munafik....aku sayang agamaku dan negaraku.Ya Allah kau binasakan musuh- musuh kami itu....binasakanlah.


di copypaste dari my mom's facebook(haa jgn main2, my mom pun ada fb tau!)


TIPS PERGI MENGUNDI  - pesanan 36saat daripada Anie sebelum Anie memulakan tugas..

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MENGUNDI! - kata-kata terakhir setelah tamat tugas sebagai  petugas SPR (kerani penyemak daftar pemilih)

UBAH - ini kali, berubahlah - my 36s point of view

Sibuk dengan ideologi UBAH.. sana sini dengar laungan UBAH.. murid-murid sekolah yang belum layak mengundi tu pun sibuk melaungkan UBAH!

 "Cikgu Jom kita Ubah cikgu... Malam ni Jom kita pergi perhimpunan suara rakyat suara keramat jom cikgu... Kita kita kena tunjuk kita demokrasi cikgu..."

Tersenyum aku dibuatnya mendengar dialog itu dari salah seorang murid Tingkatan 3 di sekolah aku...

"Nak pergi perhimpunan? Ish nak buat apa?? bagus lagi awak duduk rumah belajar untuk exam yg tinggal lg berapa hari je ni..."

" Haaa.. ni cikgu ni cakap camni sah-sahla cikgu ni orang BN kan??" 

dan terus xdapat nak tahan gelak... aduhai... apala yg ada dalam fikiran anak-anak ini ttg politik ya... apa yg difikirkan ttg ideologi yg dicetuskan.. apala yang mereka ni faham dengan pentadbiran kerajaan... haaiiilaa sayang umur pun belum melayakkan untuk mengundi tp sudah sibuk melabel parti ini begini, parti ini begini, pemimpin ini begini dan pemimpin itu pula begitu... hebat sungguh kuasa kempen yang mereka ikuti.. alangkah bagusnya kalau mereka sesemangat ini juga ketika belajar subjek sejarah dan juga subjek lain di sekolah...

Entry ini bukan ttg politik... saya juga tidak ada ilmu yang byk untuk berdebat ttg politik... dan lebih jujur lagi saya tida pernah minat untuk berbicara ttg politik.... Namun, bila mendengar slogan UBAh.. hati terdetik? apa yang nak diubah? untuk apa berubah?? pastinya setiap perubahan itu haruslah dari yang kurang baik kepada menjadi lebih baik.... dan tiada perubahan yang mudah dilakukan..... kenapa tidak kita cuba untuk UBAH diri kita dulu sebelum kita sibuk berhimpun untuk mengubah negara... inginkan negara yang lebih baik? cuba jadi rakyat yang lebih baik...

Selepas kita mendengar keputusan pilihanraya dan selepas kita berhimpun beramai-ramai demi perubahan, cuba tgk diri kita... masihkah lagi tinggal solat 5 waktu yang hukumnya WAJIB itu? ada x kita cuba berkunjung ke masjid dan pergi ke kelas2 agama untuk menambah ilmu.. ? semakin beradab dan bersopan santun tak kita dalam berbicara? ada tak kita cuba tinggalkan yang dilarang dan buat yang disuruh ALLAH.... sudah tebal iman di dada? kita jalankan tgjawab kita sebagai anak, murid, guru, mak, ayah, abang, kakak adik dengan sempurna x?

Tepuk dada.. tanya iman.... Jadi untuk ini kali.. cikgu nak laungkan : Jom kita UBAH!!!

Friday, May 10, 2013

La Tahzan ANIE... La Tahzan..


dear diary...
hehehe tringat dulu2 masa zaman2 sekolah i love to write diary and my diary dah macam buku cerita dah... my sister loves to read my diary... i admit i love writing... samala macam my mom. My mom loves writing too... n she's really good in it.... and as for me... i dunno whether i'm that good or not but saya menulis dari hati... its normally like that.. i'm good with words (rasanya la..) i can express my feelings through words... n sometimes bila Anie dah mula menulis i cant stop... hahaha whoever yg kenal Anie mmg taula... my SMS shudnt be called SMS... SMS stands for Short Message System but mine was always LOOONGGG message system.... hahaha ampun dan maaf buat rakan dan taulan yang rimas dan tak suka nak baca sms saya yg dah serupa karangan dan esei tu ya..... nak buat came, itulah Anie... ;)

ok, entry arini is not bout writing skills or writing diary or anything with writings..... its bout the way we feel n how it effects others.....

i'm not like a normal Me today.. i'm not in a good mood.... ada banyak kerja nak buat (normally i dont like to complaint bout my works...n this is not a complaint.. luahan saja) ,  ada byk perkara yang berada dalam kotak pikiran dan juga ada byk benda yg sikit sebanyak mmg mengganggu perasaan...... i admit i am a thinker and sometimes i think too much... mmg ada byk benda yg mengganggu... daripada soal sebesar masalah negara dn bangsa, soal hubungan dan persahabatan, soal duit, perbelanjaan dan hutang, soal kerja yang tak pernah selesai, soal konflik dalam diri yg penuh dengan persoalan, sehinggala soal ashraff muslim nak kawin lagi sbb xdapat anak setelah 3thn mendirikan rumahtangga.... (apa kena mengena lak dengan aku kan?)  semuanya mengganggu akal fikiran dan perasaan ku dari malam semalam sehinggala arini...

This morning i tried hard to tune in the positive attitude... ooh i came early to school today (yeah! congratulation Anie!) and the first thing i did when i woke up this morning : SMILE and i said .. its a good day today.... tried to say i few positive thinks to myself, say hi to everyone n  i managed to settle a few task in the morning but my mind seems to wander... arini susah sikit nak fokus, byk termenung.. n terdiam... but i still do my work.... masuk kelas, taip surat, buat report, buat sesi (wpun sesi harini Anie lbh byk mendengar daripada berkata2)... and they (the students and a few teachers) realize that i'm down today....

"Teacher, are u ok??".... one of my students asked me this morning... 
..... "Yes darling, i'm ok maybe i'm just tired..."....... and i keep smiling! 

"Ilyani, what happened to u.. u look so down today..."... MJ one of my fren at work asking me... he caught me termenung at the office... 
.. "Hmm.. i also dunno whats wrong, i'm down cause i'm not UP i guess..." trying to make a joke n get out from the situation... hehehe

came another friend saying : " Aiyooo if this lady here is down habisla.. the whole school must be in a bad condition... U r one young lady yg selalu ceria and ask everyone else to be ceria and positive..  Abisla sekolah if u feel down.... "
and i SMILE... 

ok, thinking of what she said... alamak Anie pun manusia yang ada hati and perasaan... i can be sad, angry, depress, mad, down and etc... but tetiba macam terfikir lak, Eh betul gak kan? i always ask everyone else.. to smile, to feel good bout themselves, to think positive, i always try my best to create a healthy and happy environment arounds me so that semua orang boleh jadi happy... thats why normally when my students came for a counselling session i will always try my best to make them feel that they are not alone.. they can be crying, be mad in the session but the moment they walk out of my room they will feel relieved and they know that i do care and love them...no matter how big or small their problems are and suddenly i realised that my emotion, my attitude will effects my whole environment... how m i going to help others if i cant help myself... feeling is something that we can control.... dont get carried away with it... yup i admit, sebagai manusia biasa we have our UPS and DOWNS but kita perlu terima semuanya dengan hati terbuka, fikir secara rational, bertenang.. dan Doa adalah penawar yg paling mustajab...

Nabi s.a.w. berkata kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. ketika Nabi dan beliau bersembunyi di Gua Tsur :
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Firman Allah s.w.t.
Maksudnya :"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran Ayat 139)

Firman Allah s.w.t.
Maksudnya : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”

Apabila dilanda musibah atau kesedihan, Allah s.w.t. mengajar kita :
Firman Allah s.w.t maksudnya :
“(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun."
(Surah Al Baqarah ayat 156)

“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Al Ra’ad ayat 28)

”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al Baqarah ayat 286)


Jadi, kita perlu jadi lebih kuat agar orang di sekeliling kita juga turut menjadi kuat...
Kita perlu menjadi orang yang gembira agar orang di sekeliling kita juga akan turut gembira.... 
Kita perlu menjadi orang yg lebih positif dan berbaik sangka agar dijauhkan dari segala yang negatif dan buruk sangka...

"Ya Allah ku bersyukur padaMu kerana mengurniakan kekuatan dalam diriku.. Jauhkan diriku dari segala kesedihan dan dukacita... " 




                                          

dan untuk mereka yang sedang bersedih, cuba klik di sini... ;)

Sunday, May 5, 2013

aduhai blog... blog....

Niat di hati nak mencantikkan blog Anie ni... niat di hati la.... Selalu jealous tgk org punya blog cantik2.. ada gmbr gerak2.. ada bling2.. ada love turun2 ..  ada frame cantik2.. ada button cantik2.. tulisan yg colorful and yang menarik.... pernah juga cuba2 nak edit, tp xmnejadi... cuma pandai menukar gambar dan layout je... selebihnya.. hmm blog ku ini masih lagi kelihatan agak formal dan padaku kelihatan agak membosankan.... Aisshhh...

Hmm aritu Anie telah meringankan mulut meminta bantuan daripada si cantik manis Nana (Erna Ziana Lamsera)... dan awal pagi kelmarin Nana dah bagi beberapa link tutorial untuk mencantikkan blog... Nak tengok link apa yang Nana bagi :

Klik sini  , klik sini juga dan sini!!

menarik juga.. penjelasan yang diberikan dalam setiap tutorial agak jelas sebenarnya... hari ini, memandangkan Anie banyak menghabiskan masa berseorangan, Anie cuba juga membaca dan memahamkan tutorial2 tersebut... namun, haaaa part namun ni yg xbest ternyata beberapa percubaan yang dilakukan tidak berjaya.. Xpasti di mana silapnya.. adakah kerana Anie menggunakan Macbook maka ada software dan html yg cuba diedit tu xmenjadi?? ke xde kena mengena?? ataupun mungkin juga keadaan yang tidak berapa sihat ni membuatkan penjelasan tutorial itu tidak tercapai oleh akalku ini... ataupun aku dah terlalu tua untuk memahami istilah-istilah dan langkah-langkah mudah berkaitan teknologi moden.... hmmm ok abaikan ayat terakhir tu.. Jangan jadikan umur sebagai alasan...

Tidak mengapalah, nnt Anie akan usahakan juga untuk mencantikkan lagi blog ini ya.... buat sementara ini, tatapilah apa yang ada ini.... Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan jari kecil anie ni.... semoga dapat memberi manfaat... Aku menulis bukan kerana nama... chewaah....

Apapun TQ buat si cantik manis Nana... bersedia ajelah ya seandainya akak gagal juga nak cantikkan blog ni akk serahkan je kat Nana nanti ya.... ;)

Friday, May 3, 2013

MISI TANYA SAMA HATI

1 MEI 2013 : HAPPY LABOUR DAY!!!

It's a public holiday today... but still i need to go to school to make sure all the students that sign up to go to Seminar Peperiksaan PMR in UM turn up n manage to get on the bus there... feel so proud of them.. All of them are so committed...

"Ya Allah, kau berkatilah mereka dalam urusan mencari ilmu.. mudahkan dan bantulah mereka..." 

Sesungguhnya Hanya Tuhan yang tahu betapa hati kecil ku ini menginginkan mereka berjaya dan gembira.... mungkin ini lah yg dirasakan oleh setiap pendidik...

Ok, setelah selesai menguruskan urusan murid dan program, beli Lontong dan Soto (sesungguhnya aku amat merindui lontong dan soto dengan sambal kicap yg sedap di Johor - lama dah xbalik kampung tau... ;'( ... ).. My sister Atie mengajakku untuk ke rumah kawannya Iela di Cheras.. nak tgk baby katanya... ada juga terasa nak tgk tp bdan terasa letih dan ingin berada di rumah, dan dalam kepalaku terbayang keadaan bilikku yang bersepah... (seriously bilikku yg kecil itu memang bersepah tahap gaban sehabis maksimum.. nak amik gmbr nak tunjuk pun malu) mengenangkan itu aku memasang misi untuk membersihkan bilik hari ini.... banyak sangat barang.. so mana yg perlu dibuang akan dibuang, barang byk.. ruang kecik.... dan bermulalah misiku mengemas bilik bermula jam 12 tghari....

hmm.. memang banyak betul barang dlm bilik aku tu... tahun depan kami akan berpindah ke rumah baru (insyaallah) camne la caranya aku nak packing semua barang2 ni... operasi 5S bermula... Apa tu 5S...?? Haa.. kat sekolah dan jabatan kerajaan pun dah buat 5S gak... 5S diambil daripada perkataan jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang bermaksud sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal..... Hmm sebelum ni aku ada gak amalkan 5S mungkin lebih lagi S aku tapi S aku tu bermaksud... Sepah, semak samun, sumbat, sembunyi, Senyap (siapa bising dia kemas!), Stress!! Hahahaha.....

Dalam proses mengemas tu banyak juga barang-barang yg aku lupa aku ada....
"HAaa... ni dia topi Nike purple aku lama dah cari tak jumpa!"
"Eehh... DVD ni belum tgk pun lagi la..."
"Banyaknyaaa minyak angin!!!"
"Laaaa, jumpa ketip kuku lagi... "

hahahahah, itula antara ayat2 yg terkeluar.... dan byk juga terjumpa barang-barang yg mempunyai kenangan... dan proses mengimbas kembali kenangan zaman silam pun bermula.... i've the habit of collecting all the items yg ada sentimental value... cthnya macam someone drew sumthing cute for me in a small piece of paper.. i'll keep that... the first movie ticket with special sumone, first chocolate wrap that sumone special bought for me.. fon yg dah rosak pun i'll keep it because of the sentimental value... apalagi semua surat, kad, coretan dan apa saja la..... n i found it all in my room yesterday.... n ini mengundang segala perasaan yang sukar aku gambarkan..... Misi mengemas bilik telah terpesong menjadi misi tanya sama hati......

terjumpa pulak album lama2... aduhai, teringat kawan2 lama dulu... rindu plak terasa.. masih tergambar setiap apa yg berlaku.. masih terdengar2 dialog2 dan kata2 kami dulu... jumpa gmbr kawin.... ish, anie xde softcopy pun gmbr kawin ni tau.... terus rasa berbunga-bunga hati... terasa mcam nak kawin lg sekali pulak.. ahahaha sudah.... sudahnya masa ku dihabiskan dengan mengimbas kembali segala kenangan.... sekejap masa berlalu, macam2 kisah yg berlaku dalam hidupku... macam2 rasa yg ada..

tiba2 terasa pedih di pangkal hati, tiba2 terasa panas di mata... benarla, orang berubah, keadaan berubah, perasaan berubah tetapi kenangan xkan pernah berubah... bittersweet of life... happy sadness feeling in my heart......

Akhirnya siap juga ku kemaskan bilik ini.... dan jam menunjukkan jam 230 pagi.... tidur sambil muhasabah diri, memikirkan semua yg pernah berlaku dalam hidup ku.... alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang... untuk terus bernafas dan mengumpul kenangan....

Terima kasih kerana terus berada di sisi dalam susah dan senang, di kala suka dan duka.... Anie saayang Ayang...




Gambar-gambar sekitar perkahwinan yang membuat hati terasa nak kawin lagi sekali. Jom kawin jom Ayang... hhahaha