Friday, April 26, 2013

Anie dan Dunia Pengacaraan...

Hmm.. diam tak diam sudah hampir 10 tahun Anie bertugas sebagai seorang pendidik ni... Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yg mudah... selain daripada berusaha mendidik dan membangunkan anak-anak muda agar menjadi insan yang berguna, guru juga sentiasa diberi tanggungjawab dalam hal pengurusan dan pentadbiran... Saban tahun ada banyak majlis - majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pastinya guru-gurula yang perlu menjadi Jawatankuasa Penggerak untuk menjayakan setiap majlis yg dirancang...

Seingat Anie, sejak dari awal dulu Anie sering mendapat tugasan sebagai Juruacara Majlis... dan sekiranya program yang dianjurkan oleh pihak sekolah mempunyai tugasan Penajaan dan Publisiti... haaa confirm!! pasti namaku tidak terlepas daripada disenaraikan....

 Ok Entri kali ini, Anie ingin berkongsi cerita tentang menjadi Juruacara Majlis.... Anie pun masih belum boleh dikategorikan sebagai pakar lagi... Anie cuma boleh dikategorikan sebagai seorang yang sudah biasa menjadi Juruacara, jadi sekiranya sesuatu majlis tiba-tiba memerlukan seorang juruacara.. Anie insyaAllah tidak akan merasa kekok dan nervous...

Jika nak diikutkan, suara Anie bukanlah suara juruacara sejati... (hahaha, camne lak tu ek..) maksudnya suara Anie bukan kategori suara 'base' yg kedengaran besar, dalam dan jelas.. alaaa mcm suara dj2 radio dulu2 tu la.... haaa ... Suara Anie dikategorikan sebagai suara yang lembut, soft voice.... jadi sebenarnya Anie perlu latihan dan banyak belajar cara untuk project the voice agar segala sebutan tu sedap dan jelas di dengar... kita perlu gunakan tone suara dari perut .. haaa jgn main2...

Well... still learning.... dari segi protokol dan membuat teks pengacara majlis.. insyaallah tiada masalah.. dengan koleksi teks pengacaraan sejak dari 10 thn yang lalu Anie dapat banyak panduan untuk menghasilkan teks yang bagus ( bagus pada pandangan Anie yang masih belajar ini laa).... haaa pantun jugak... Tak lengkap rasanya majlis kalau tak diselitkan dengan alunan madah dan pantun.... So anie dah ada byk koleksi pantun... mungkin satu hari nnt ani akn share koleksi pantun Anie dengan anda semua... ya, Anie memahami.. kadang-kadang bila asyik kita je yg kena jadi juruacara kita pun asyik gunakan pantun yang sama je....

 Dulu pada zaman awal pengacaraan inilah antara pantun-pantun yang sering anie gunakan.....

Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal bismillah pembuka bicara

haaa tu pantun nak buka majlis... asyikla guna pantun yang sama..... yang ni pulak pantun sebelum bacaan doa ( nak baca doa pun ada Pantun kan? )

Tetak buluh kajang sepuluh, 
Mari jolok sarang penyengat; 
Angkat tangan jemari sepuluh, 
Doa di pohon biar selamat 

hehehehe .......

Hari Sabtu 27 Mei 2013 ni, sekali lagi Anie akan menjadi juruacara untuk Majlis Anugerah Cemerlang... kali ni nampaknya Pengetua nak buat besar-besaran and betul-betul mengikut protokol yang betul... ish banyaknya betul... hahahaha so walaupun dah biasa jadi juruacara, tapi kali ini ntah mengapa ada rasa risau dan nervous pulak.. agaknya sebab selalu kita ala-ala santai walaupun rasmi.. tapi ni nak kena betul-betul... tadi pun dah kena tegur sebab suaraku 'slow' di part yg sepatutnya menjadi kemuncak acara... hmm Sentap juga kena tegur depan2 orang... dahla letih dari 740 - 940 ada kelas pastu 10 - 10.40 perlu menjalankan sesi kaunseling bersama murid.. 10.40 - 2ptg dah bercakap dalam rehearsal so agak logikla part acara kemuncak yg last2 tu suara aku slow dan xbersemangat... bateri dah habis...

hehehhe banyak pulak alasan kan? Takpe anie... orang tegur demi kebaikan.. ish ish ish cubalah fikir positif. Haip!

Tak mengapalah kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.... ;) Wish me luck ya....

Okla.. till my small fingers touch this keyboard of mine again k.... Mmmuah salam sayang daripada Anie....

Thursday, April 25, 2013

Pelangi Pagi

Asslamualaikum... malam tadi hujan lebat membuatkan aku tidur dengan nyenyak.. dengan xberselimut, lampu terbuka.. laptop di sisi ( sbb konon nak baring kejap masa tgh nak buat kerja ).. apapun Alhamdulillah mmg nikmat betul tidur itu.. ;) Pagi tadi sewaktu terjaga jam 5 lebih hujan masih renyai-renyai.. dan ketika diri memulakan tugas di sekolah hujan berhenti namun angin dingin masih berhembus... namun, mentari sudah menunjukkan sinarnya... Dalam hati berbisik, indahnya pagi ini.... lalu mata terpandang pelangi indah di langit... "e'eehh ada Rainbow la.... cantiknya...." 2, 3 orang anak muridku yang kebetulan lalu disisiku melihat ke langit.... " wah.. so prettyy....." Rasanya macam dah lama aku x melihat Pelangi....Takjub dengan keindahan alam ciptaan Tuhan...... **** Sempat juga mengambil gambar ini pagi tadi ****

Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi - sedar diri

Its raining.. setelah sejak pagi awan menyeliputi ruang angkasa, hujan turun sejak dari jam 1 tadi.. sekarang hampir jam 5 ptg... Anie baru je habis meeting.. lenguh terasa di seluruh badan... berada di dalam kereta menantikan hujan reda Anie melihat video cover Gwiyomi - Nana ichi...

malam tadi Anie dah tgk dah video ni, dalam diam Anie mengagumi personaliti gadis ini... manis, sopan dan ada byk kualiti yg indah dipandang.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Tuhan. Coretan-coretan dalam blognya juga ernaziana.blogspot.com seronok utk dibaca... dalam hati kubisikkan agar Allah memberkati gadis ini selalu.. aamiin..

Eh, entri ku kali ini bukan bertopikkan gadis manis ini... Anie nak bercakap ttg Gwiyomi... sekali lagi gelombang korea telah melanda kita.. jika aritu semua org sibuk dgn Oppa Gangnam style kali ini kita ada tarian Gwiyomi pula... Gwiyomi bermaksud comel, cutie.. sesuai dgn maksudnya, tariannya sangatlah mudah, simple dan comel.. jika faham dengan maksud lagu lagi mudah utk membuat tarian ini... hanya dengan membuat mimik muka yg plg comel, dan senyuman yg plg manis serta gerak tgn yg betul kita dah boleh melakukan Gwiyomi dance....

Kita dapat lihat ramai org , baik artis atau individu biasa xlepaskan peluang utk cuba merekodkan video mereka melakukan gwiyomi dance... dan xdapat dinafikan semua video yg mencapai hit yg tinggi dipunyai oleh org yg comel-comel belaka....

Err sebenarnya dalam malu-malu kucing Anie pun dah rekod dan uploadkan video gwiyomi -anie seminggu yg lalu. itupun setelah dicabar ni.. (dalam hati tringin gak nk buat tu sbnrnya - pengakuan!) tp Anie xde keberanian utk menguploadkannya di youtube... Anie cuma upload di keek aje.. alasannya... Alaa xpe kot, keek xramai sangat org view....

Hari ini.. bila berjalan di sekolah.. a few of my students said "teacher, i saw ur Gwiyomi video... cool la teacher!"... "Teacher, wahh u also know how to do the Gwiyomi haa".... "Cikgu!!!! ajarla saya buat gwiyomi... it looks like u really having fun doing it" .. n tak kurang juga yang meminta Anie merekodkan gaya mereka membuat gwiyomi dan uploadkan di my keek... Ada juga yg membuat andaian Anie kebosanan kerana sering tinggal sorang di rumah sebab tu Anie buat video tu... adik-adikku ketawa... kawan-kawan adikku juga tersenyum dan ketawa... err ramaila pulak org view! errk

Aku pun tak pasti apakah maksud segala komen-komen itu... apakah maksud segala senyuman dan ketawa itu.. sebagai seorang yg kebiasaannya berfikiran positif aku hanya fikir yg baik-baik saja... ( dalam erti kata lain aku perasan la diorg puji n suka ) tp di saat ini, jauh di dalam hati secara jujurnya Anie terasa malu pula tau.... semua org yg buat gwiyomi tu muda dan comel-comel belaka.. Anie bukanlah secomel dan semuda mereka...

Hmm.... titis hujan membasahi bumi.. yg kedengaran tika ini hanya bunyi hujan menitik di cermin kereta bagai irama yg memahami perasaan hatiku... kulihat wajahku di cermin kecil keretaku... jelas kelihatan garis-garis halus diwajah ku.. menunjukkan betapa aku telah dimamah usia... lingkaran hitam di bawah mata xdapat disembunyi lagi.. bibirku pucat dan kering.. kulitku tidak setegang dulu.. bintik-bintik hitam telah mula menonjolkan diri membuatku ligat berfikir apakah anti ageing product yg patut ku miliki... dan akhirnya aku berbisik sendiri... Menyedari usiaku bukannya muda lagi...

Walaupun Anie sering mengingatkan anak-anak didikku supaya jangan rasa rendah diri... kita kena yakin dengan diri kita sendiri... Sayangi diri anda sendiri sebelum anda sayang orang lain... itu antara kata-kata yg sering kusebut.. tapi tika ini... melihat kecomelan dalam video gwiyomi org lain tiba-tiba aku terasa malu melihat video Gwiyomi ku sendiri....

*sigh
apapun "Ya Allah aku bersyukur dengan segala apa yg kau kurniakan untuk ku.. pastinya pemberian Mu ini adalah yg terbaik"

p/s : terfikir untuk mendelete video Gwiyomi ku itu ( kata adikku.. Alaaa Tacing la pulak! )



Easy Way to Study Maths

Assalamualaikum... Salam Pagi Selasa... Hari ini Subang Jaya diliputi awan... redup je rasa...Alhamdulillah... walaupun cuaca mendung, pastikan hati kita dan wajah kita tidak semendung awan hari ini ya...

Tips mudah untuk rasa tenang dan hilangkan gundah di jiwa ialah dekatkan diri dengan Tuhan Yang maha Esa... senyum selalu kerana tanpa kita sedari setiap kali kita senyum badan kita akn rembeskan sejenis hormon yg akan menenangkan.. so apalagi... senyumlah selalu ya... 😊 Haaa kan cantik tu....

Hari ini, Unit Bimbingan & Kaunseling (ya, saya cikgu kaunseling ya..) dan Panitia Matematik telah menganjurkan satu slot ceramah bertajuk : EASY WAY TO STUDY MATHS... Dgn kerjasama daripada penceramah Cikgu Kathir daripada Mahajaya Education Consultant. Program ni dianjurkan khas untuk murid Ting 3.. Alhamdulillah, program berjalan lancar .. Murid-murid dapat byk tips daripada penceramah... and they had fun too... Sebagai seorang guru lebih2 lagi guru kaunseling hati terasa puas bila melihat program yang dianjurkan memberi manfaat kepada murid... Alhamdulillah...

Entri ini ditulis di kantin sekolah , semasa menunggu telur separuh masakku siap... Niat di hati nak kongsi sedikit input ttg tips2 yg diperolehi daripada program tadi tapi nntla ya insyaallah di lain entri.. 20minit lagi Anie ada kelas dr jam 1240-2ptg... dan jam 230petang nnt pula ada Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) .... selalunya habis jam 5ptg....

sibuk kan jadual seharian seorang guru? tapi insyaallah segala tugasan akan cuba dilaksanakan seikhlas hati.. apa saja yg dilakukan dgn ikhlas dan dgn niat kerana Allah insyaallah akan dipermudahkan ...

okla ketemu lagi di lain entri... till my small fingers meet the screen of my phone again..... & tq to siapa yg cipta apps ni.. skrg i can write a blog whenever i feel like writing... ;) semoga Anie istiqamah selalu dlm apa jua yg dilakukan... Aamiin..








Monday, April 22, 2013

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum.... Salam Pagi Isnin... orang kata bila hr Isnin tiba, mood nak kerja / nak belajar / nak buat apa2 semua belum datang lagi... sbb tula wujud istilah Monday Blues... pada pendapat Anie, semuanya atas kita... kalau kita ikutkan rasa malas dan tiada mood tu confirm kita akan rasa berat, xbersemangat dan we'll be in that monday blues mood.. jadi kita perlu semangat.. bersangka baik dgn hari Isnin ... supaya kita dapat jalankan tugas dan tanggungjawab dgn sempurna... sekali lagi mari kita berdoa agar hari isni. kita hari ini dipenuhi dengan kedamaian, moga hati selalu tersenyum menghadappi segala dugaan.... dan semoga Allah hilangkan segala kedukaan.... Amiin..

sekian entri ringkas di Pagi Isnin... have a nice day all.. Anie saayyaaang semua!



Monday, April 15, 2013

Hidup ini pinjaman.. gunalah sebaiknya

bilik dah gelap.. hanya ada cahaya dr jam digital elektrik tepi katil dan cahaya dari handfon ku ini... suasana senyap sunyi, semua dah tidur.. suamiku dah berdengkur di sisi.. kucing2 ku do, mi, boo semua lena.. tiada kedengaran bunyi ngiauan spt selalu.... hanya mataku saja yg masih degil.. letih sudah mindaku ini memerah idea seharian, letih juga badanku ini wpun hanya duduk mengda laptop seharian... xsiap juga kerja tu tp janjiku esok pasti akn kusiapkan..

Malam ini, hatiku sayu.. sayu dengan sebab yg aku tidak pasti... Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberi ku peluang untuk terus bernafas di dunia ini... Hidup ini hanya sekali.. buatla baik pada semua... pasti Allah akan datangkan apa jua bentuk kebaikan dlm hidup kita.. itu azamku tahun ini... cubala buat baik dan menggembirakan hati org selalu... ;)

tapi, siapa pula yg nak gembirakan hati aku ketika aku sedih dan sayu seperti malam ini...??? Jangan risau ini, Allah ada dan Allah akan selalu ada untuk kita... Jadi, Ya Allah Ya tuhanku.. kau hilangkanlah segala gundah di hatiku ini... Aamiin...





Sunday, April 14, 2013

its a Lazy Sunday...

Hello All... Assalamualaikum.. tak jawab dosa,jawab.. sayang!!(hehehe terambil tagline Maria Elena pulak)... Well, once again we meet again in this blog after quite sumtime blog ini dibiarkan berdebu dan tidak diupdate... ooh guess i have to say thank you kat one of my friend.. bila tgk dia semangat tulis blog siap ada design2 lagi ada byk gmbr2 for each post.. wah, terus bersemangat balik nak berblog.. harap berkekalanla semangat ini.. n ooh ada sesiapa yg sudi nak mengajar anie mendesign kan blog ini... masih byk yg perlu dipelajari ni... apapun terima kasih kat adikku KIMI kerana diala yg telah membantu aku mewujudkan blog ini 4 tahun yang lalu... dan kekangan masa menyebabkan Anie masih xsempat untuk master in this.. xpe buat satu2, lama2 tau la kan?? So its Sunday today... perjalanan hariku agak slow arini.... hmm masa berjalan seperti biasa, anie yg agak slow... mood "Laziness" menyerang arini.. ada byk kerja nak kena buat. SMKSU nak semua bilik khas masuk bertanding dan itu termasukla bilik kaunseling (i'm a counselling teacher, yo!) dan sebelum pemantauan, senarai instrumen telah dibekalkan dan semua penyelaras bilik perlu menyediakan semua item yg ada di dalam instrumen tu... item di dalam instrumen bilik kaunseling itu berbeza dgn bilik2 khas yg lain.. banyak!! di dalam kepala ni dah ada idea dah nak buat camne.. dan semua penyelaras bilik khas perlula menyediakan Profil Bilik masing2 (macam buku penerangan ttg bilik masing2 la..) and the dateline utk penyediaan profil tu ialah esok..(ISnin-15 April 2013)... haaaa amik kau... i already prepare a profil of the room earlier but ada byk yg perlu diperbaiki... and here i am writing a blog, chatting in wechat, updating my twitter n facebook, replying all the comments, viewing the pic in instagram, having fun watching the vid in keek, chatting with all the groups chatting in whatsapp, feeling kinda lost n empty without knowing why... n ooh guess today is my Lazy Sunday.. sunday xlazy, Anie yg lazy... need to boost up my spirit here.. apapun i'll make sure that all my work will be done on time.. procrastinate is always a part of me... nnt kena belajar on how to buang that negative habit... okla, i guess i'll stop here first and try to do some work but before that.. nak panaskan lasagna n goreng nugget sebab perut rasa lapar lak.. and hot apple tea or hot turkish coffee sounds good gak petang2 ni sambil mengadap lappy memerah idea dari kepala... hehehe haa tgk2.. i get distracted easily.. wahai mood buat kerja datangla segera.... Ok, till this little finger of mine meet the keyboard again.... wish me luck!