Friday, April 26, 2013

Anie dan Dunia Pengacaraan...

Hmm.. diam tak diam sudah hampir 10 tahun Anie bertugas sebagai seorang pendidik ni... Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yg mudah... selain daripada berusaha mendidik dan membangunkan anak-anak muda agar menjadi insan yang berguna, guru juga sentiasa diberi tanggungjawab dalam hal pengurusan dan pentadbiran... Saban tahun ada banyak majlis - majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pastinya guru-gurula yang perlu menjadi Jawatankuasa Penggerak untuk menjayakan setiap majlis yg dirancang...

Seingat Anie, sejak dari awal dulu Anie sering mendapat tugasan sebagai Juruacara Majlis... dan sekiranya program yang dianjurkan oleh pihak sekolah mempunyai tugasan Penajaan dan Publisiti... haaa confirm!! pasti namaku tidak terlepas daripada disenaraikan....

 Ok Entri kali ini, Anie ingin berkongsi cerita tentang menjadi Juruacara Majlis.... Anie pun masih belum boleh dikategorikan sebagai pakar lagi... Anie cuma boleh dikategorikan sebagai seorang yang sudah biasa menjadi Juruacara, jadi sekiranya sesuatu majlis tiba-tiba memerlukan seorang juruacara.. Anie insyaAllah tidak akan merasa kekok dan nervous...

Jika nak diikutkan, suara Anie bukanlah suara juruacara sejati... (hahaha, camne lak tu ek..) maksudnya suara Anie bukan kategori suara 'base' yg kedengaran besar, dalam dan jelas.. alaaa mcm suara dj2 radio dulu2 tu la.... haaa ... Suara Anie dikategorikan sebagai suara yang lembut, soft voice.... jadi sebenarnya Anie perlu latihan dan banyak belajar cara untuk project the voice agar segala sebutan tu sedap dan jelas di dengar... kita perlu gunakan tone suara dari perut .. haaa jgn main2...

Well... still learning.... dari segi protokol dan membuat teks pengacara majlis.. insyaallah tiada masalah.. dengan koleksi teks pengacaraan sejak dari 10 thn yang lalu Anie dapat banyak panduan untuk menghasilkan teks yang bagus ( bagus pada pandangan Anie yang masih belajar ini laa).... haaa pantun jugak... Tak lengkap rasanya majlis kalau tak diselitkan dengan alunan madah dan pantun.... So anie dah ada byk koleksi pantun... mungkin satu hari nnt ani akn share koleksi pantun Anie dengan anda semua... ya, Anie memahami.. kadang-kadang bila asyik kita je yg kena jadi juruacara kita pun asyik gunakan pantun yang sama je....

 Dulu pada zaman awal pengacaraan inilah antara pantun-pantun yang sering anie gunakan.....

Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal bismillah pembuka bicara

haaa tu pantun nak buka majlis... asyikla guna pantun yang sama..... yang ni pulak pantun sebelum bacaan doa ( nak baca doa pun ada Pantun kan? )

Tetak buluh kajang sepuluh, 
Mari jolok sarang penyengat; 
Angkat tangan jemari sepuluh, 
Doa di pohon biar selamat 

hehehehe .......

Hari Sabtu 27 Mei 2013 ni, sekali lagi Anie akan menjadi juruacara untuk Majlis Anugerah Cemerlang... kali ni nampaknya Pengetua nak buat besar-besaran and betul-betul mengikut protokol yang betul... ish banyaknya betul... hahahaha so walaupun dah biasa jadi juruacara, tapi kali ini ntah mengapa ada rasa risau dan nervous pulak.. agaknya sebab selalu kita ala-ala santai walaupun rasmi.. tapi ni nak kena betul-betul... tadi pun dah kena tegur sebab suaraku 'slow' di part yg sepatutnya menjadi kemuncak acara... hmm Sentap juga kena tegur depan2 orang... dahla letih dari 740 - 940 ada kelas pastu 10 - 10.40 perlu menjalankan sesi kaunseling bersama murid.. 10.40 - 2ptg dah bercakap dalam rehearsal so agak logikla part acara kemuncak yg last2 tu suara aku slow dan xbersemangat... bateri dah habis...

hehehhe banyak pulak alasan kan? Takpe anie... orang tegur demi kebaikan.. ish ish ish cubalah fikir positif. Haip!

Tak mengapalah kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.... ;) Wish me luck ya....

Okla.. till my small fingers touch this keyboard of mine again k.... Mmmuah salam sayang daripada Anie....

No comments: