Wednesday, August 7, 2013

Ramadhan yang hilang

Salam semua.. hmm entry kali ni tajuk macam drama tv3... tapi hakikatnya entry kali ni bukan review utk drama tersebut.... Walaupun, Anie sebenarnya tanpa sedar merupakan penonton setia drama tersebut... Lakonan pelakon-pelakon yang mantap, jalan cerita yang menarik dan ending cerita tu xla seperti ending drama melayu yang lain... ending drama tu buat kita berfikir yang dalam dunia ni ada orang yang memang xkan pernah sedar untuk berubah... Perasaaan dendam dan dengki seolah-olah telah sebati dalam diri mereka.. Nauzubillah.. Ya Allah, jauhkan diri aku daripada menjadi seperti itu...

Hari ini, hari terakhir Ramadhan.... baru je sebentar tadi kita nikmati sahur terakhir dalam bulan ini... belum pasti lagi apakah masih sempat kita berbuka petang nanti dan masihkah ada esok untuk kita.. dalam hati terasa sayu kerana memang Ramadhan kali ini terasa mcm terlalu pantas berlalu... ;'( nilaikan kembali prestasi kita di bulan Ramadhan ini.... adakah niat kita untuk khatam Al-Quran di awal Ramadhan dapat dilaksanakan?? Adakah benar kita telah merebut setiap peluang yang diberikan Allah untuk kita sepanjang Ramadhan ini? adakah puasa kita hanya bermaksud menahan lapar dan dahaga atau satu proses penyucian jiwa....? Tepuk dada tanya iman... dan sesungguhnya segala kebajikan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini hendaklah sentiasa diteruskan di bulan Syawal dan seterusnya....

Ramadhan ku kali ini banyak mengajar aku erti sabar dan banyak menduga perasaan.. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan bantuan yang Esa segalanya dapat kulalui... dan esok Syawal menjelang tiba... Anie ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Anie mohon maaf andai ada kata yang mengguris jiwa, ada laku yang menyakitkan mata.. halalkan segala apa yang anie termakan, terminum dan terbelanja... jika anie ada hutang dengan sesiapa yang anie terlupa jgn segan2 datang dan minta ya.. Semoga Ramadhan yang berlalu ini memberi kita seribu keberkatan dan Syawal yang datang ini memberi kita 1001 kebahagiaan.. Aamiin...


No comments: