Friday, January 30, 2009

SusaHla.. hmm biarLah..

Susahla kalau kau tak nak aku tolong kau
Susahla kalau semua orang degil tak mau mengalah
Susah kalau pendam rasa dalam dada sampai jadi marah tak tentu hala
Susah bila semua orang cakap tapi takde orang dengar
lagi susah bila semua orang diam tak bercakap dan biar masalah kecil jadi besar
Susah bila semua orang hanya nak difahami tapi tak cuba memahami
Susah bila kita hanya ikut hati tak nak ikut minda
Susah bila orang lupa tanggungjawab
Susah bila kita fikir tentang diri kita je
Susah bila kita biar emosi menguasai kita
Susah kalau kita sendiri tak faham diri kita
Susah bila kita lupa pada yang Esa

Yang pasti semua benda susah kalau kita fikir dia susah.
Jadi, janganlah susah-susahkan diri…

Biarlah kawan-kawan tolong bila kita ada masalah
Biarlah kita mengalah kerana itu tak bereri kita kalah
Biarlah kita meluah asal jangan sampai marah
Biarlah kita diam bila orang lain bercakap
Biarlah kita berbincang bila kita ada masalah
Biarlah kita fahami orang sebelum mengharap org fahami kita
Biarlah kita berfikir sebelum bertindak
Biarlah kita ingat selalu pada tanggungjawab kita
Biarlah kita fikirkan tentang orang lain sekali-sekala
Biarlah kita mengawal emosi kita bukan sebaliknya
Biarlah kita fahami diri kita sebelum org lain faham kita
Biarlah kita ingat selalu pada Tuhan yang Esa
Biarlah kita fikir, tiap benda yang susah masih ada jalan untuk mengatasinya…

Buat sesiapa yang sering dilanda masalah tapi x mampu nak meluah…

No comments: