Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi - sedar diri

Its raining.. setelah sejak pagi awan menyeliputi ruang angkasa, hujan turun sejak dari jam 1 tadi.. sekarang hampir jam 5 ptg... Anie baru je habis meeting.. lenguh terasa di seluruh badan... berada di dalam kereta menantikan hujan reda Anie melihat video cover Gwiyomi - Nana ichi...

malam tadi Anie dah tgk dah video ni, dalam diam Anie mengagumi personaliti gadis ini... manis, sopan dan ada byk kualiti yg indah dipandang.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Tuhan. Coretan-coretan dalam blognya juga ernaziana.blogspot.com seronok utk dibaca... dalam hati kubisikkan agar Allah memberkati gadis ini selalu.. aamiin..

Eh, entri ku kali ini bukan bertopikkan gadis manis ini... Anie nak bercakap ttg Gwiyomi... sekali lagi gelombang korea telah melanda kita.. jika aritu semua org sibuk dgn Oppa Gangnam style kali ini kita ada tarian Gwiyomi pula... Gwiyomi bermaksud comel, cutie.. sesuai dgn maksudnya, tariannya sangatlah mudah, simple dan comel.. jika faham dengan maksud lagu lagi mudah utk membuat tarian ini... hanya dengan membuat mimik muka yg plg comel, dan senyuman yg plg manis serta gerak tgn yg betul kita dah boleh melakukan Gwiyomi dance....

Kita dapat lihat ramai org , baik artis atau individu biasa xlepaskan peluang utk cuba merekodkan video mereka melakukan gwiyomi dance... dan xdapat dinafikan semua video yg mencapai hit yg tinggi dipunyai oleh org yg comel-comel belaka....

Err sebenarnya dalam malu-malu kucing Anie pun dah rekod dan uploadkan video gwiyomi -anie seminggu yg lalu. itupun setelah dicabar ni.. (dalam hati tringin gak nk buat tu sbnrnya - pengakuan!) tp Anie xde keberanian utk menguploadkannya di youtube... Anie cuma upload di keek aje.. alasannya... Alaa xpe kot, keek xramai sangat org view....

Hari ini.. bila berjalan di sekolah.. a few of my students said "teacher, i saw ur Gwiyomi video... cool la teacher!"... "Teacher, wahh u also know how to do the Gwiyomi haa".... "Cikgu!!!! ajarla saya buat gwiyomi... it looks like u really having fun doing it" .. n tak kurang juga yang meminta Anie merekodkan gaya mereka membuat gwiyomi dan uploadkan di my keek... Ada juga yg membuat andaian Anie kebosanan kerana sering tinggal sorang di rumah sebab tu Anie buat video tu... adik-adikku ketawa... kawan-kawan adikku juga tersenyum dan ketawa... err ramaila pulak org view! errk

Aku pun tak pasti apakah maksud segala komen-komen itu... apakah maksud segala senyuman dan ketawa itu.. sebagai seorang yg kebiasaannya berfikiran positif aku hanya fikir yg baik-baik saja... ( dalam erti kata lain aku perasan la diorg puji n suka ) tp di saat ini, jauh di dalam hati secara jujurnya Anie terasa malu pula tau.... semua org yg buat gwiyomi tu muda dan comel-comel belaka.. Anie bukanlah secomel dan semuda mereka...

Hmm.... titis hujan membasahi bumi.. yg kedengaran tika ini hanya bunyi hujan menitik di cermin kereta bagai irama yg memahami perasaan hatiku... kulihat wajahku di cermin kecil keretaku... jelas kelihatan garis-garis halus diwajah ku.. menunjukkan betapa aku telah dimamah usia... lingkaran hitam di bawah mata xdapat disembunyi lagi.. bibirku pucat dan kering.. kulitku tidak setegang dulu.. bintik-bintik hitam telah mula menonjolkan diri membuatku ligat berfikir apakah anti ageing product yg patut ku miliki... dan akhirnya aku berbisik sendiri... Menyedari usiaku bukannya muda lagi...

Walaupun Anie sering mengingatkan anak-anak didikku supaya jangan rasa rendah diri... kita kena yakin dengan diri kita sendiri... Sayangi diri anda sendiri sebelum anda sayang orang lain... itu antara kata-kata yg sering kusebut.. tapi tika ini... melihat kecomelan dalam video gwiyomi org lain tiba-tiba aku terasa malu melihat video Gwiyomi ku sendiri....

*sigh
apapun "Ya Allah aku bersyukur dengan segala apa yg kau kurniakan untuk ku.. pastinya pemberian Mu ini adalah yg terbaik"

p/s : terfikir untuk mendelete video Gwiyomi ku itu ( kata adikku.. Alaaa Tacing la pulak! )



2 comments:

Nana said...

assalam kak. tq kak sudi doa kan yg baik2 untuk nana. terharu sgt kak :"( tq juga sudi dtg blog nana dan letak dlm bloglist. blog nana tu biasa2 saja. nana pun letak blog kaka dlm bloglist nana jg :D

Cikgu Mama said...

@erna ana wsalam dik.. blog nana yg nana kata biasa tu la yang akak suka baca tau... teruskan menulis ya.. teruskan menjaga diri dan personaliti.... akak ni dah 4 thn dah ada blog tp masih xterror lagi nak hias2 blog macam nana buat.. nnt nana ajar akak ya camni nak bg cantik blog... ;) keep in touch ya.