Tuesday, April 30, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang 2012

Assalamualaikum... hi all... bertemu lagi kita di entri kali ini... terima kasih kerana sudi membaca hasil penulisan ku ini... Kali ini, Anie ingin nak berkongsi cerita ttg Majlis Anugerah Cemerlang 2012 yang baru je dijalankan pada 27 April 2013 (Sabtu) yang lalu.... Majlis Anugerah Cemerlang (atau kita singkatkan jadi MAC la ya..) mmg merupakan majlis tahunan yg dianjurkan untuk meraikan kecemerlangan murid-murid di dalam peperiksaan tahun sebelumnya.... So senarai penerima anugerah adalah merupakan murid-murid yang cemerlang... Ada beberapa kategori penerima hadiah iaitu : Murid cemerlang Ting 2, murid cemerlang Ting 4, Murid Cemerlang PMR (8A dan 7A), murid cemerlang SPM aliran sains dan sastera (Straight A's).. tokoh warna : murid cemerlang dalam bidang kokurikulum dan seorang penerima Anugerah Khas Pengetua : cemerlang keseluruhan akademik dan kokurikulum...

Pengetua kami berhajat untuk menjemput orang besar-besar untuk merasmikan MAC ni.. dan tarikh untuk MAC ni juga telah ditukar dari 20 April ke 27 April memandangkan 20 April tu merupakan hari penamaan calon untuk PRU13 ni dan pastinya VIP yang ingin dijemput xdapat menghadiri majlis sekiranya MAC dikekalkan pada tarikh 20 April.. VVIP yang dijemput ialah ENcik Loh Seng Kok CEO Yayasan 1 Malaysia Community Alliance.. yang juga merupakan salah seorang calon yang bertanding dalam PRU13 ni.. (jangan libatkan politik dalam hal sekolah..) ok dan 2nd VIP ialah En Gan Meng Foo... Penasihat Persatuan Penyayang, Komuniti dan Masyarakat... juga merupakan salah seorang yang akan bertanding di dalam pihanraya akan datang ni...

Memandangkan ada VVIP dan VIP... persiapan MAC ini telah dibuat 2-3 bulan lebih awal.. bermula dengan pembahagian tugasan dan mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan. Kesemua penyelaras dijelaskan dengan protokol-protokol yang perlu dipatuhi.. Pentas buat lantai baru, dinding partition baru, kain skirting keliling pentas yang baru.. sofa baru, carpet baru, dewan pasang lampu baru.. bilik PA System dari sebelah kiri pindah sebelah kanan.. dekat dengan bilik suis memudahkan AJK PA system jaga suis lampu sekali... kesemua bahagian jawatankuasa pelaksanaan bertungkus-lumus tak tidur malam (eh, macam tipu plak la...) tido tapi xlena dan xtenang hati selagi MAC ni tak selesai... budak kompang prektis kompang, budak bawak bunga manggar prektis bawak bunga manggar dan semuanya sibukla.... AJK PIBG pun bertungkus lumus menyediakan dewan... guru-guru pun sibukla dibuatnya... pendekata sepanjang 2-3 bulan yang lalu semua org tidur xlena disebabkan MAC ni... raptai dibuat selama 2 hari...

Beginilah keadaan pentas sewaktu majlis.

Tibalah hari yang dinanti.... semua guru memakai pakaian berwarna jingga memandangkan jingga adalah warna korporat sekolah dan telah dipilih untuk menjadi warna tema MAC ini. cantik juga.. semua org nampak ceria.... menantikan kehadiran VVIP dan VIP... Anie seperti biasa menjalankan tugas sebagai Juruacara Majlis ... telah bersedia dengan teks... meneguk air suam sedari awal pagi, sebab terasa macam suara dah nak serak-serak agaknya sebab terlalu lama sangat berlatih intonasi dan nada suara sehari sebelum majlis.. Pn Kausar, partner emcee ku arini juga dah bersedia.. kelihatan tenang walaupun dia asyik mengadu "aduh.. risaunya akak".. xpe rilek2.. kita rilek je... dan tiba-tiba datang la floor manager dalam keadaan yang termengah-mengah tetapi tenang... "ilyani, 2nd VIP Mr Gan x datang.. cancel all his part of speech and prize giving..." "Ok, noted... " jawabku tenang.. biasala perubahan last minute begini..... " Our VVIP, Mr Loh Seng Kok need to go back early so he will go back right after the perasmian gimik finish.... so u need to announce that..." ... " ok.. " so, siapa yang nak sampaikan sijil kalau VIP xde ni?"... "1st Slot : Pengetua diiring oleh PK, 2nd slot : En Fadzli (PIBG) diiring oleh PKHEM ,  3rd slot : En Hamdan (YDP) diiring oleh Pengetua.." "Ok, Noted! ada lagi?" "setakat ni tu aje.. VIP dah sampai they're having breakfast in the holding room..." ... ok lalu dengan pantasnya aku mengubahsuai teks juruacara ku.... beginilah jadi Emcee perlu sedia selalu dan yang penting... JANGAN PANIK!

Maka.... Majlis hari itu pun berlangsung dengan sempurna.... penat buat persiapan berbulan-bulan belum pun hilang lagi, VIP ada dalam majlis hanya beberapa minit aje..... terasa frust jugak sebenarnya tapi mmg itulah hakikatnya bagi orang penting dan orang kenamaan.. masa itu emas, pastinya ada banyak lagi undangan majis rasmi yang perlu dihadiri.. kesudian untuk hadir merasmikan majlis tu pun dah sepatutnya dihargai... Terima Kasih kepada Encik Loh Seng Kok kerana sudi hadir.. semoga menang lah dalam pilihanraya ni nnt ya..... ini kalilah.. hehehe

Cantik x bajuku?? Baju ni... jatuh cinta pandang pertama... balik rumah terbayang2 ni aritu... harganya xla mahal mana.. berpatutanla... dibeli di Butik Twist, di Seksyen 7, Shah Alam... tudung juga custom made mengikut warna lace yg ada pada baju... 

            

            

Semua orang pakai baju jingga.... menepati tema..... ;)


Bergambar bersama penerima Anugerah Khas Pengetua : Mohd Misykat Abd Rahman




             


Haa.... ni 2 org murid Ting 1yg bertugas sebagai pembawa bunga manggar.. nak tau tak.. baju kebaya tu, baju Anie and baju kurung tu baju Atie adik Anie.. ni baju kitorang masa my Adik Zul kawin dulu.. hehehe badan Anie sama saiz dengan budak form 1 rupanya.. hehehe...


Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,                   

Sekalung penghargaan kami hulurkan,              

Segulung tahniah kami ucapkan....
              

Kalau ada jarum yang patah         

Banyak kain tidak berjahit              

Kalau ada silap dan salah              

Jangan jadikan kenangan pahit





No comments: