Monday, April 15, 2013

Hidup ini pinjaman.. gunalah sebaiknya

bilik dah gelap.. hanya ada cahaya dr jam digital elektrik tepi katil dan cahaya dari handfon ku ini... suasana senyap sunyi, semua dah tidur.. suamiku dah berdengkur di sisi.. kucing2 ku do, mi, boo semua lena.. tiada kedengaran bunyi ngiauan spt selalu.... hanya mataku saja yg masih degil.. letih sudah mindaku ini memerah idea seharian, letih juga badanku ini wpun hanya duduk mengda laptop seharian... xsiap juga kerja tu tp janjiku esok pasti akn kusiapkan..

Malam ini, hatiku sayu.. sayu dengan sebab yg aku tidak pasti... Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberi ku peluang untuk terus bernafas di dunia ini... Hidup ini hanya sekali.. buatla baik pada semua... pasti Allah akan datangkan apa jua bentuk kebaikan dlm hidup kita.. itu azamku tahun ini... cubala buat baik dan menggembirakan hati org selalu... ;)

tapi, siapa pula yg nak gembirakan hati aku ketika aku sedih dan sayu seperti malam ini...??? Jangan risau ini, Allah ada dan Allah akan selalu ada untuk kita... Jadi, Ya Allah Ya tuhanku.. kau hilangkanlah segala gundah di hatiku ini... Aamiin...





No comments: