Sunday, May 5, 2013

aduhai blog... blog....

Niat di hati nak mencantikkan blog Anie ni... niat di hati la.... Selalu jealous tgk org punya blog cantik2.. ada gmbr gerak2.. ada bling2.. ada love turun2 ..  ada frame cantik2.. ada button cantik2.. tulisan yg colorful and yang menarik.... pernah juga cuba2 nak edit, tp xmnejadi... cuma pandai menukar gambar dan layout je... selebihnya.. hmm blog ku ini masih lagi kelihatan agak formal dan padaku kelihatan agak membosankan.... Aisshhh...

Hmm aritu Anie telah meringankan mulut meminta bantuan daripada si cantik manis Nana (Erna Ziana Lamsera)... dan awal pagi kelmarin Nana dah bagi beberapa link tutorial untuk mencantikkan blog... Nak tengok link apa yang Nana bagi :

Klik sini  , klik sini juga dan sini!!

menarik juga.. penjelasan yang diberikan dalam setiap tutorial agak jelas sebenarnya... hari ini, memandangkan Anie banyak menghabiskan masa berseorangan, Anie cuba juga membaca dan memahamkan tutorial2 tersebut... namun, haaaa part namun ni yg xbest ternyata beberapa percubaan yang dilakukan tidak berjaya.. Xpasti di mana silapnya.. adakah kerana Anie menggunakan Macbook maka ada software dan html yg cuba diedit tu xmenjadi?? ke xde kena mengena?? ataupun mungkin juga keadaan yang tidak berapa sihat ni membuatkan penjelasan tutorial itu tidak tercapai oleh akalku ini... ataupun aku dah terlalu tua untuk memahami istilah-istilah dan langkah-langkah mudah berkaitan teknologi moden.... hmmm ok abaikan ayat terakhir tu.. Jangan jadikan umur sebagai alasan...

Tidak mengapalah, nnt Anie akan usahakan juga untuk mencantikkan lagi blog ini ya.... buat sementara ini, tatapilah apa yang ada ini.... Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca coretan jari kecil anie ni.... semoga dapat memberi manfaat... Aku menulis bukan kerana nama... chewaah....

Apapun TQ buat si cantik manis Nana... bersedia ajelah ya seandainya akak gagal juga nak cantikkan blog ni akk serahkan je kat Nana nanti ya.... ;)

2 comments:

Nana said...

hihi. boleh bha kalau kak anie :D

Cikgu Mama said...

goood girl.... ;)