Tuesday, May 21, 2013

Ini Kali Lah.. Lain kali lah.. berkali-kali lah...


Hello haiii we meet again... ok draft entry ni dah lama terperap kat dalam ruangan draft... sejak dari 5/5/2013 yang lalu.. 5 Mei 2013 Tarikh keramat Pilihanraya Umum yang ke 13...

Seperti Pilihanraya yang sudah, kali ni sekali lagi Anie menjadi petugas SPR untuk lebih tepat lagi, jawatanku sewaktu pilihanraya ni ialah : Kerani Penyemak Daftar Pemilih. Tugasku bermula seawal 7pagi sehinggalah jam 530 petang.. takla seberat tugas rakan-rakan petugas SPR yang lain... ;)

Ingin dimaklumkan ya... Petugas-petugas SPR ni memang kebanyakannya terdiri daripada guru sekolah memandangkan sekolah dijadikan Pusat Mengundi... Jadi, bila ramai orang mempertikaikan ketelusan dan kejujuran SPR sikit sebanyak cikgu-cikgu yang bertugas ni terasa la juga... Percayalah, kami guru-guru ini jujur dan telus orangnya...

                                                       

















Mak saya suka menulis.... ini coretan dari emak yang saya copy paste dari Fb nya.... Jom kita baca apa mak tulis...

Allah ya Allah...tentera Israel menyerang Syria dari udara. Satu tindakan biadap yg menyalahi undang- undang antarabangsa.Di semenanjung Gaza rakyat Palstine dibunuh dlm satu serangan yg bertubi- tubi, manakala di Jeruselem tentera yahudi menghalang orng Islam mauk ke masjid Al Aqsa.
Ya Allah di negaraku ini sekutu yahudi bersungguh- sungguh nak menjatuhkan kerajaan Isalm...meraka bertpoengkan keadilan sosial.Putar belit, fitnah dan segala mcm manipulasi dibuat utk jatuhkan imej negara.Politik kebencian ini menghasilakan bunga- bunga perkauman yg akibatnya negara akan hancur.
Malang sekali ornag muda yg masih mentah diheret bersama...mereka hendak kerajaan baru spy selesai masalah hutang ptpn dan dpt turunkan segala kos hidup.
Ya Allah aku sangat tersentak apabila ramai kaum keluarga yg tinggal di Selangor dan Wilayah, rupanya sangat percayakn cerita buruk ttg Najib dan Rosmah dan Mahadhir..kata mereka org Selangor dah tak makan dg kata- kata pemimpin BN..kaki rasuah..kronism..dan UMNO pasti akan terkubur..spt terkuburnya karier politik Ghani Osman di Gelang Patah...
Apa yg berlaku ini hukumnya satu iaitu ada racun dakyah yg telah meracuni pemikiran...kebanyakan orang tidak hendak berfikir, mengkaji dan belajar.Merka suka kpd isu dan akur kpd persepsi yg dibuat...sedang orang muda dg darah mudanya ada keseronokan melihat fenomena ini....ikut aje arus..sesuatu yg menggamit keterujaan mereka...mereka tolak media perdana kerana telah dikawal oleh kerajaan lalu meraka pergi kpd alam maya yg gelombangnya sangat dahsyat...permainan tipu daya..dan putar belit.
Siapa pemain di belakang ini semua? Cybertroopers DAP...yahudi..PAP...LKS ..DSAI....dan kuncu- kuncunya.
Jadi apa yg boleh kita buat???
Penuhkan masjid waktu subuh...buat spt yg dibuat Oleh KotaBaru diambang pilihanraya ari tu....kembali kpd ajaran lslam yg sebenar..Quran dan as sunnah....biar berbeza pandangan tapi kita tetap berada pda saf yg teratur.
Ramai di antara yg pergi di jlanan ..yg berhimpun itu..tak faham ttg banyak perkara mengenai demokrasi....pembentukan negara bangsa...perlembagaan....konsep negara beraja berparlimen....yg penting mereka tak faham ttg sejarah negara sendiri pun.
Kalaulah jarum sejarah itu boleh dipusing? ....
Thailand dan lndonesia mana ada hak imegran yg begitu manja spt di sini....selama ini kita berbangga dg entiti negars berbilang kaum yg aman dan makmur...dan tahu tak siapa yg paling suka memberi rasuah...pd polis dan kastam dan penguatkuasa meraka itulah yg kononnya menetang rasuah...dan mereka tu tak pandai cakap melayu pun..dan mereka termakan ceramah Anwar dri akhbar mereka...itulah makanan mereka.
Marilah kita tentukan hala tuju...kenali who are the real munafik....aku sayang agamaku dan negaraku.Ya Allah kau binasakan musuh- musuh kami itu....binasakanlah.


di copypaste dari my mom's facebook(haa jgn main2, my mom pun ada fb tau!)


TIPS PERGI MENGUNDI  - pesanan 36saat daripada Anie sebelum Anie memulakan tugas..

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MENGUNDI! - kata-kata terakhir setelah tamat tugas sebagai  petugas SPR (kerani penyemak daftar pemilih)

UBAH - ini kali, berubahlah - my 36s point of view

Sibuk dengan ideologi UBAH.. sana sini dengar laungan UBAH.. murid-murid sekolah yang belum layak mengundi tu pun sibuk melaungkan UBAH!

 "Cikgu Jom kita Ubah cikgu... Malam ni Jom kita pergi perhimpunan suara rakyat suara keramat jom cikgu... Kita kita kena tunjuk kita demokrasi cikgu..."

Tersenyum aku dibuatnya mendengar dialog itu dari salah seorang murid Tingkatan 3 di sekolah aku...

"Nak pergi perhimpunan? Ish nak buat apa?? bagus lagi awak duduk rumah belajar untuk exam yg tinggal lg berapa hari je ni..."

" Haaa.. ni cikgu ni cakap camni sah-sahla cikgu ni orang BN kan??" 

dan terus xdapat nak tahan gelak... aduhai... apala yg ada dalam fikiran anak-anak ini ttg politik ya... apa yg difikirkan ttg ideologi yg dicetuskan.. apala yang mereka ni faham dengan pentadbiran kerajaan... haaiiilaa sayang umur pun belum melayakkan untuk mengundi tp sudah sibuk melabel parti ini begini, parti ini begini, pemimpin ini begini dan pemimpin itu pula begitu... hebat sungguh kuasa kempen yang mereka ikuti.. alangkah bagusnya kalau mereka sesemangat ini juga ketika belajar subjek sejarah dan juga subjek lain di sekolah...

Entry ini bukan ttg politik... saya juga tidak ada ilmu yang byk untuk berdebat ttg politik... dan lebih jujur lagi saya tida pernah minat untuk berbicara ttg politik.... Namun, bila mendengar slogan UBAh.. hati terdetik? apa yang nak diubah? untuk apa berubah?? pastinya setiap perubahan itu haruslah dari yang kurang baik kepada menjadi lebih baik.... dan tiada perubahan yang mudah dilakukan..... kenapa tidak kita cuba untuk UBAH diri kita dulu sebelum kita sibuk berhimpun untuk mengubah negara... inginkan negara yang lebih baik? cuba jadi rakyat yang lebih baik...

Selepas kita mendengar keputusan pilihanraya dan selepas kita berhimpun beramai-ramai demi perubahan, cuba tgk diri kita... masihkah lagi tinggal solat 5 waktu yang hukumnya WAJIB itu? ada x kita cuba berkunjung ke masjid dan pergi ke kelas2 agama untuk menambah ilmu.. ? semakin beradab dan bersopan santun tak kita dalam berbicara? ada tak kita cuba tinggalkan yang dilarang dan buat yang disuruh ALLAH.... sudah tebal iman di dada? kita jalankan tgjawab kita sebagai anak, murid, guru, mak, ayah, abang, kakak adik dengan sempurna x?

Tepuk dada.. tanya iman.... Jadi untuk ini kali.. cikgu nak laungkan : Jom kita UBAH!!!

No comments: