Tuesday, May 21, 2013

C.A.N.C.E.R.

CANCER bukan entry tentang horoskop dan zodiak cancer yang berlambangkan ketam tu.. ini tentang penyakit CANCER ... KANSER ... BARAH...

ada macam2 jenis Kanser... kanser payudara, kanser servik, kanser tulang, kanser usus, kanser kolon, kanser prostat, kanser hidung... ish banyak lagila pendek kata semua tempat kat badan kita ni boleh kena kanser... panjang pulak dah xmampu nak kata apa-apa....

Kita perlu ambil tau tentang penyakit ini.. kita perlu ada ilmu... perlu tau apa itu kanser, perlu tau apa yang terjadi bila kanser menyerang, apa yang perlu dilakukan, apa cara mencegah.. cara rawatan...

Zaman ini, sakit ini bukan sesuatu yang asing lagi... selalu aje kita dengar kematian yang disebabkan kanser... dan kita dikelilingi oleh orang yang ada sakit ini... Kenapa kanser dikatakan sebagai Silent killer?? kerana seringkali pesakit itu tidak menyedari yang dia sakit sehingga telah sampai ke tahap yg kronik... selalu lenguh2 sendi.. akhirnya mendapat berita rupanya ada kanser tulang.. sering sakit perut dan muntah sekali rupanya ada kanser kolon, sering berdenyut2 dan sakit di payudara sekali rupanya ada breast cancer... takut kan? bayangkan apa perasaan mereka yang telah mendapat khabar ini... ;'( Semoga Allah kurniakan segala kekuatan untuk insan terpilih ini.

Sebab itulah pentingnya mengambil tau tentang kesihatan.. Jaga kesihatan, buat pemeriksaan berkala...

Rawatan untuk pesakit kanser juga ada pelbagai. Ada rawatan moden dan ada juga rawatan alternatif.. xkisahla apa caranya kita perlu berusaha.. Allah marah kalau kita tak berusaha dan tak dapat dinafikan kos perubatan untuk sakit Kanser ini sangat tinggi... Kos untuk membuat chemotherapy akan mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit, ada juga pelbagai therapy yg lain yg juga kosnya sangat tinggi... untuk rawatan alternatif pun tidak kurang tingginya... kos untuk bekalan ubat yang perlu diambil secara puratanya lebih kurang rm1000++ untuk sepuluh hari... jadi sebulan lebih kurang rm3000++ hanya utk bekalan ubat.. kalau yang berkemampuan pastinya akan cuba mendapatkan rawatan terbaik di seluruh pelusuk dunia.. pastinya bila ada orang kata cuba makan ubat ni atau cuba pergi sini.. pastinya akan dituju.. demi untuk sihat kembali... dan kosnya sangat tinggi.... khabarnya di China ada penawar, terus terbang ke China.. ada yang kata di Australia.. jom pergi Australia pula.. ada yang kata di Amsterdam pula.. laju je pergi ... demi orang tersayang, demi ingin sihat semula wang ringgit dah xde makna lagi dah.. mengalir macam air.. apalah nasib yang tidak mampu ya?? aduhai.. sedihnya hati bila fikir tentang itu... Anie sering terfikir tentang ini.. atas dasar itula anie berstuju untuk mengambil polisi insurans SURI yang cover kos perubatan untuk 99 jenis sakit wanita termasuk kanser... Semoga Anie xkan membebankan suami dan keluarga tersayang... Anie selalu cakap pada husband ..

"Haa yang ni kalau kita xde duit, Anie sakit ayang dah tak perlu dah minta derma kat tv3 ya..". 

tp kesian untuk org yg tiada kemudahan itu... bantulah mereka.... hancur hati tau bila sudahla sakit, duit pulak takde nak dapatkan rawatan... Jadi yang mana berkemampuan tu hulurkan lah bantuan, tak luak rezeki Allah bagi jika kita suka memberi tau.... lagi byk kita beri lagi byk kita dapat tau....

Yang masih sihat walafiat, jangan takbur dengan nikmat Allah beri... bersyukur.. kita selalu lupa bersyukur... bila dah sakit wang berjuta pun tiada makna nanti..

Semoga yang sedang diuji dengan ujian ini,Tabahlah ya, kuatkan semangat... fikirlah yang positif-positif saja... dalam pada itu berusahalah jangan putus Asa... setiap sakit itu menghapuskan dosa, asalkan saja kita sabar dan redha dengan ujian sakit itu.. semoga terhapus segala dosa...

Setiap yang hidup ini akan berakhir dengan kematian juga... bukan jodoh saja rahsia Allah, ajal juga rahsia ALLAh.... jadi sepatutnya semua orang perlu menyiapkan bekalan di akhirat nnt... dekatkan diri dengan Allah selalu, buat baik dengan semua orang... maafkan orang selalu agar orang mudah maafkan kita.. senyum selalu.. bahagikan kasih sayang dengan semua di dunia ini.. buat semua orang senang hati dan gembira... berkata yang baik-baik.. bersyukur.. bertenang... tiada masalah di dunia ini yang tak dapat diselesaikan dengan izin Allah.. doa banyak2... sabar..

.... hmm dah sampai sini, Anie pun xtau kenapa tetiba Anie menulis entry ini.... sekadar berkongsi cebisan rasa di hati dan fikiran... moga dapat memberikan kebaikan dan inspirasi.. ;')

No comments: